24 August 2010

ubahlah kerugian menjadi kebaikan..

ada sebuah nasihat yg menganjurkan agar jgn berputus asa jika kakimu terantuk lalu engkau jatuh ke dalam lubang yang dalam. kelak engkau akan keluar darinya dengan kekuatan dan daya tahan yang lebih kukuh..sesungguhnya allah bersama org yg sbr.

jgnlah bersedih sekiranya org yg selama ini dekat denganmu menghunus anak panah ke tubuhmu. kerana engkau akan mendapat org lain yg akan mencabut anak panah tersebut, mengubati lukamu dan mengembalikan senyumanmu.

jgnlah sering bernaung di atas gedung keruntuhan terutama bila sekelompak kelawar telah menghuninya dan kegelapan telah menghampirinya. carilah kicauan burung yg menghembus cakerawala bersama sinar pagi yg cerah..

currently reading...


sekarang nie sy sedang membaca buku yg bertajuk "jadilah wanita yang paling bahagia" by DR. 'Aidh b. Abdullah Al-Qarni.. buku ini memang sesuai dibaca untuk semua golongan wanita yg mengharapkan kebahagiaan dlm kehidupan mereka..buku ini byk memberi panduan dan tunjuk ajar kepada kita untuk menjadi seorg wanita yg solehah di sisi ALLAH... buku ini juga dpt menghilangkan segala kesedihan,ketakutan dan kedukaan yg kita alami sekarang. bacalah buku ini dan anda akan mendapat kekuatan dan keyakinan yg anda cari selama ini untuk menempuh segala cabaran-cabaran di muka dunia ini..insyaallah...

21 August 2010

hari ini kepunyaan saya

{Aku Hanya Akan Hidup Hari Ini, Hari Ini adalah Kepunyaan Saya}

Aku hanya akan hidup hari ini maka aku akan mengucapkan:-

”Wahai masa lalu yang sudah berlalu dan selesai, tenggelamlah kamu seperti tenggelamnya mataharimu. Aku tidak akan menangisi pemergianmu, dan kamu tidak akan melihatku termenung sebentar pun untuk mengingatimu. Kamu sudah meninggalkan kami samua, pergilah dan jangan kembali lagi”

”Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban. Maka aku tidak akan bermain dangan khayalan dan memperjudikan nasib dangan hanya satu agakan. Aku juga tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, sebab esok hari mungkin tidak ada sesuatu; esok hari adalah sesuatu yang yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan”.



Petikan dari buku La Tahzan oleh Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni.

19 August 2010

happiness day


18/08/2010 (rabu)

semalam merupakan hari yg paling gembira bagi aku bersama-sama dgn kawan2 aku yg lain...
fatin fauzi, mashitah baharom, asma, hanis, tika wahab, tika aziz, ita...
kami sama2 berkumpul membuat discussion bout our SEM proposal dr pukul 12 pgi hgga pukul 2.30 pagi..sambil berbincang2 kami sama2 membuat lawak sampai masing2 ketawa xkering gusi dibuatnye..hahaha...klakar sgt2 mendgr cite2 lucu dr dorg sume....lebih2 lagi cite faiz and her la nina..hihi...kalo korg dgr korg pasti terketawa sgt2.. :D

then, kami sahur bersama2 di cafe...hahaha..kami jer golongan2 wanita yg bersahur di cafe pada pkul 3 pagi..hihihi...lelaki2 di cfe memandang pelik pd kami...hi2..biarkan la...jnji perut kami kenyang...balik bilik masing2, sume trus tido sbb esk class pukul 9.30 pagi..kami dh jnji nk dtg awal sbb kesian dgn lecturer yg asyik tggu kami dtg kelas..masing2 asyik lewat jer....dahla kelas 10 org jer..hahaha

esok nyer time kelas SEM ade quiz..kami pun wat la quiz open book sendiri2..hahaha...yg dtg time tue hnya 7 org saje..kecian asma berlajak tidur sampai xdtg kelas...then, our lecturer wat pop quiz...sungguh seronok...sape2 yg dpt jwb dpt coklat..hahaha..mcm budak tadika jer..hihi..
ader yg dpt choki-choki, coklat yoss, gula2 kopiko n mcm2 lagi la....hbs jer kelas, kami sama2 tukar coklat..nak mkn xleh sbb pose..kena la simpan smpai berbuka nnt...

waktu petang plak kami berbuka sama-sama di cafe..sungguh meriah...akhirnya dapat gak kami berbuka bersama2...then, aku, fatin, hanis n faiz g masjid nk smbyg terawih..kami g nek moto...dahla aku first time g smbyg kat msjid..hahaha..kecian sungguh....dh 2 thun duk sni tp x g smbyg kat msjid..bkn xnk g tp jauh sgt dr kolej aku...after habis solat, kami siap2 nk balik kolej tp hujan lebat plak..masa tu pkul 10 mlm..pkul 10.30 mlm plk kami de discussion bayesian..
so kami terpaksalah redah hujan..masing2 memecut laju nk cpt smpai sbb hujan lebat sgt2 sampai aku xnmpk jalan dah...habis kuyup baju kami semua...tp kami happy dpt men hujan..hihih...bukan slalu kn..last2 kami batalkan gak discussion kami sbb hujan lebat sgt2...
penat jer redah hujan..

pepun, aku rasa hepy sgt2 bile dgn kwn2 aku..dorg byk wat aku hapy..lupakan kisah2 sedih aku..aku xkan lupakan kenangan kami bersama2...
luv u guys..




10 August 2010

salam ramadhan..


RASULULLAH SAW telah menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan,
bulan yang penuh dengan keberkatan.
Di mana Allah mewajibkan kepada kamu berpuasa,
kerana pada bulan Ramadan dibukakan semua pintu syurga,
dikuncikan pintu-pintu neraka dan di belenggukan syaitan,
dan juga terdapat suatu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan,
barang siapa terlepas daripada mendapat kebajikan pada malam ini,
bererti tertegahlah kepada segala bentuk kebaikan.”


kepada kawan2 yg len...
selamat menyambut bulan ramadhan...
semoga bulan ramadhan ini membawa kebaikan kepada kite semua...
semoga kita tergolong dalam orang2 yg di redhai Allah...
amin....

 

aqilah nasir Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal